Soalan & Jawapan

1) DI MANAKAH LOKASI KURSUS AKAN DIJALANKAN?

Kursus akan dijalankan di IKM Bintulu, SARAWAK. Hostel disediakan termasuk makan minum 3 Kali sehari. Peralatan latihan Dan Keselamatan juga disediakan.

2) BERAPAKAH UMUR KELAYAKAN PEMOHON?

Pemohon mesti mencapai umur 18 – 29 tahun (tarikh lahir)

3) ADAKAH LELAKI DAN PEREMPUAN BOLEH MEMOHON?

-Kursus ini hanya terbuka untuk belia LELAKI BUJANG SARAWAK sahaja. Belum berkahwin.
-Asal Sarawàk.
-Kalau lahir luar Sarawak, ibu atau bapa mestilah asal Sarawak.

4) APAKAH SCAFFOLDING JENIS KERJA BERAT?

  • Ya. Kerja scaffolding (pemasang perancah besi) adalah jenis kerja BERAT.
  • Sekiranya anda ada masalah kesihatan yang serius seperti sakit jantung, penyakit paru², rabun teruk Dan lain², anda adalah tidak layak untuk bekerja di bidang ini.
  • Pemeriksaan kesihatan akan dibuat untuk pengesahan oleh doktor. Sekiranya anda gagal , anda akan diberhentikan dari kursus ini.
  • Selain itu, Pemeriksaan untuk penggunaan DADAH juga akan dibuat.
  • Tinggi hendaklah 154cm ke atas.

5) JIKA TIADA SIJIL PELAJARAN(UPSR/PMR/PT3/SPM) ADAKAH MASIH BOLEH MEMOHON?

-BOLEH, tiada masalah. Kalau boleh ada Sijil Berhenti sekolah. Yang Penting mestilah boleh membaca, menulis Dan mengira.

6) IBU/BAPA BEKERJA TETAPI TIADA SLIP GAJI?

-Mesti melengkapkan borang PENGESAHAN PENDAPATAN yg disertakan bersama-sama borang permohonan.

7) BERAPA LAMAKAH TEMPOH KURSUS INI?

-Kursus ini hanya selama 1 BULAN (Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian)
– Kursus dijadualkan pd bln SEPTEMBER 2024.

8) SEKIRANYA SAYA SUDAH MEMILIKI SIJIL DOSH (JKKP) BOLEH KAH SAYA MEMOHON JUGA?

-Maaf tidak boleh. Hanya untuk mereka yang belum ada Sijil DOSH.

9) ADAKAH KURSUS INI PERCUMA ATAU BERBAYAR?

-Kami menawarkan SKIM BIASISWA PINJAMAN LATIHAN TEKNIKAL untuk kursus ini. Tiada apa² bayaran semasa pendaftaran.

10) BIASISWA PINJAMAN TU MACAM MANA?

  • Pihak penaja akan menanggung 50% kos kursus sekiranya pelatih berjaya menamatkan tempoh kursus ini. Baki 50%, pelatih perlu membuat pembayaran bermula selepas 6 BULAN tamat kursus.
  • Pembayaran boleh dibuat secara ANSURAN sebanyak minima RM100 SEBULAN dalam tempoh 5 TAHUN melalui pemotongan gaji oleh majikan/bayaran online/bayaran di kaunter.
    Jumlah bayaran balik =. RM5,000.00 sahaja.

11) SEKIRANYA SAYA PERNAH MEMBUAT PINJAMAN DENGAN YAYASAN SARAWAK, ADAKAH SAYA MASIH LAYAK MEMOHON SKIM INI?

  • Sekiranya anda pernah membuat sebarang Pinjaman dengan Yayasan Sarawak, CENTEXS, Universiti atau Kolej yg dibawah tajaan Yayasan Sarawak, Maka anda adalah TIDAK LAYAK untuk memohon Skim ini.

12) SEKIRANYA ADA AHLI KELUARGA SAYA ADA ATAU PERNAH ADA PINJAMAN DENGAN YAYASAN SARAWAK, BOLEH KAH SAYA MEMOHON MASUK SKIM INI?

Dalam situasi ini akan bergantung kepada kelulusan pihak Yayasan yang akan meneliti rekod bayaran mereka yang terbabit.

13) ADAKAH PERMOHONAN BOLEH DIBUAT SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) ?

TIDAK BOLEH! Kerana borang permohonan dan semua dokumen yang diperlukan WAJIB mendapat pengesahan/di cop oleh ketua kaum/ketua kampung atau pegawai kerajaan Kelas A.

14) BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN?

Borang dan dokumen yang sudah LENGKAP, perlu di poskan dengan menggunakan perkhidmatan pos laju/J&T/DHL atau lain-lain servis kurier ke alamat :

SRC GLOBAL RESOURCES SDN BHD
2nd Floor, Sublot No.9,
2 Cinta Commercial Centre,
Jalan Matang Baru,
93050 Kuching, Sarawak
Attn : Mr. Mie

Permohonan juga boleh diScan Pdf Dan dihantar melalui WhatsApp

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 31 JULAI 2024

 

15) APAKAH YANG SAYA AKAN DAPAT SELEPAS TAMAT KURSUS?

Pelatih yang tamat kursus akan menerima SIJIL PENYERTAAN, ,SIJIL JKKP, KAD CIDB dan KAD OGSP.(akan diterima dalam tempoh sebulan selepas tamat kursus)

16) ADAKAH PELUANG PEKERJAAN DISEDIAKAN?

  • Pihak SRC Global akan membantu menguruskan penempatan pekerjaan untuk pelatih yang berjaya menamatkan kursus ini dan apabila SIJIL-SIJIL dan KAD CIDB,OGSP telah dikeluarkan.
  •  Pelatih juga diberi pilihan utk bekerja di tempat pilihan sendiri.

Saya sudah membaca Q&A di atas, dan tiada halangan. (Sila Klik butang BORANG di bawah untuk mendapatkan borang RASMI.

Scroll to Top